30 Oktober 2025 – 2 November 2025
Robot Realm, Zeer Rangsit, Thailand
SEKALUNG TAHNIAH TEAM NADI FELDA GUNUNG BESOUT 1 ![]()
Alhamdulillahi Rabbil Alamin dan tahniah diucapkan kepada Team NADI FELDA GUNUNG BESOUT 1 yang mewakili Malaysia iaitu adik Nur Damia Khalisya Binti Mohd Rizalman dan adik Deeniyya Irdhina Binti Muhamad Sobri dari SK Seri Besout atas kejayaan cemerlang di Global Robotics Competition (GRC) 2025, Bangkok, Thailand!
Pasukan ini telah berjaya membawa pulang pelbagai kejayaan membanggakan seperti berikut:
Senarai Kemenangan:
Pingat Emas
Sumo Robot 1000g RC Junior
Sumo Robot 1500g RC Junior
Sumo Robot 1000g Auto
Pingat Perak
Sumo Robot 1000g RC Junior
Pingat Gangsa
Sumo Robot 1500g RC Junior
Creative Project
Tempat Keempat
Sumo Robot 500g Auto
Sumo Robot 500g RC Junior
Kejayaan ini adalah hasil usaha gigih, kerjasama berpasukan, serta sokongan padu daripada semua pihak yang terlibat.
Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada:
– Pihak penaja & agensi terlibat iaitu MCMC, TM, MSD, FELDA, Adaptive Tech, Tiny Techies, Makers IIUM, KPM, dan JPN Perak diatas segala sokongan, bimbingan, sumbangan dan peluang yang diberikan.
– Cikgu Afif selaku guru pembimbing diatas tunjuk ajar dan sentiasa komited membimbing pasukan dari awal hingga akhir.
– Pihak pentadbiran SK Seri Besout atas dorongan dan kepercayaan penuh.
– Ibu bapa atas sokongan padu dan doa yang tidak putus.
Ucapan terima kasih juga ditujukan buat rakan – rakan NADI dan komuniti yang sentiasa memberi semangat, sokongan sepanjang perjalanan ini. Semoga kejayaan ini menjadi inspirasi kepada generasi muda untuk terus meneroka dunia teknologi dan inovasi di persada antarabangsa
