mcmc
Laporan Aktiviti

BOOTHCAMP & PERTANDINGAN TINY TECHIES ZON UTARA 2025

📅 19 – 21 Ogos 2025

📍 UiTM Permatang Pauh, Pulau Pinang

🤝Kerjasama MAKERS@IIUM dan UiTM Permatang Pauh

🤖 Robotik Sumo – Pertarungan minda & teknologi untuk menguji ketepatan kawalan dan strategi.

🌐 IoT Innovasi – Mencipta solusi pintar menggunakan teknologi Internet of Things.

Ucapan setinggi-tinggi tahniah & syabas kepada peserta yang mewakili NADI Felda Gunung Besout 1 iaitu Nur Damia Khalisya Binti Mohd Rizalman dan Deeniyya Irdhina Binti Muhamad Sobri dari Sekolah Kebangsaan Seri Besout kerana telah berjaya menjadi 𝗝𝘂𝗮𝗿𝗮 𝗣𝗲𝗿𝘁𝗮𝗻𝗱𝗶𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗥𝗼𝗯𝗼𝘁 𝗦𝘂𝗺𝗼 𝗣𝗲𝗿𝗶𝗻𝗴𝗸𝗮𝘁 𝗡𝗲𝗴𝗲𝗿𝗶 𝗣𝗲𝗿𝗮𝗸 & 𝗝𝘂𝗮𝗿𝗮 𝗕𝗮𝗴𝗶 𝗪𝗶𝗹𝗮𝘆𝗮𝗵 𝗨𝘁𝗮𝗿𝗮 seterusnya akan bertanding ke Peringkat Kebangsaan👏🥇

Ribuan terima kasih kepada ibubapa peserta yang sentiasa memberi dorongan sepanjang kelas mentor di NADI Felda Gunung Besout 1 sehingga berjaya sampai ke tahap ini. Begitu juga kepada Cikgu Afif yang membimbing peserta dan menjadi pengiring sepanjang bootcamp berlangsung.

Majlis Penutup dan Penyampain hadiah ini turut dihadiri oleh VIP:

1. Rektor UiTM Penang – Prof. Dato’ IR Dr. Haji Ahmad Rashidy bin Razali

2. Timb. Rektor UiTM Penang – Prof. Madya Dr. Kay Dora Abdul Ghani

3. En. Areehan Haji Abdullah – Pengarah Program Tiny Techies

4. En Mohd Rashdi Hasan – Ketua Seksyen Kawal Selia SKMM Pulau Pinang

5. Dr. Wan Hazman Bin Wan Daud – Pengarah Eksekutif Yayasan Sukarelawan Siswa Malaysia

Sehingga berjumpa lagi pada Peringkat Kabangsaan🤩
Galeri Foto

Gambar Disini

#TinyTechies2025#NADIKalumpang#RobotikSumo#IoTInnovasi#GenerasiTeknologi#UiTM#MAKERSIIUM#SukarelawanSiswa#nadifeldagunungbesout1