mcmc
Maklumat Komuniti

PUSAT SEBARAN MAKLUMAT NASIONAL – NADI FELDA GUNUNG BESOUT 1

PORTAL-NADI

Selamat datang ke Pusat Sebaran Maklumat Nasional – NADI Felda Gunung Besout 1

PUSAT SEBARAN MAKLUMAT NASIONAL (NADI) merupakan projek kerajaan Malaysia dengan inisiatif oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM). Projek ini dilaksanakan oleh Telekom Malaysia Berhad (TM) di bawah Program Pemberian Perkhidmatan Sejagat (PPS) dengan memberi fokus kepada pemberian perkhidmatan ICT kepada komuniti tempatan di kawasan luar bandar.

Objektif Penubuhan:

– Memberi kemudahan capaian internet kepada komuniti tempatan

– Memberi pendedahan kepada masyarakat tempatan terhadap teknologi komputer dan internet.

– Meningkatkan taraf sosioekonomi masyarakat melalui kemudahan yang disediakan dan aktiviti yang dijalankan di NADI.

– Merapatkan jurang digital antara masyarakat bandar dan luar bandar selaras dengan matlamat kerajaan.

– Meningkatkan kadar penembusan jalur lebar selaras dengan Pelan Jalur Lebar Kebangsaan.