7 – 8 Oktober 2025
Residensi UTM Kuala Lumpur
Kerjasama MAKERS@IIUM
Robotik Sumo – Pertarungan minda & teknologi untuk menguji ketepatan kawalan dan strategi.
Ucapan setinggi-tinggi tahniah & syabas kepada peserta Program Mentor Tiny Techies dari NADI Felda Gunung Besout 1 iaitu Nur Damia Khalisya Binti Mohd Rizalman dan Deeniyya Irdhina Binti Muhamad Sobri dari Sekolah Kebangsaan Seri Besout kerana telah berjaya menjadi 𝗝𝘂𝗮𝗿𝗮 𝗣𝗲𝗿𝘁𝗮𝗻𝗱𝗶𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗥𝗼𝗯𝗼𝘁 𝗦𝘂𝗺𝗼 𝗣𝗲𝗿𝗶𝗻𝗴𝗸𝗮𝘁 𝗞𝗲𝗯𝗮𝗻𝗴𝘀𝗮𝗮𝗻 𝗯𝗮𝗴𝗶 𝗧𝗮𝗵𝘂𝗻 𝟮𝟬𝟮𝟱 dan seterusnya akan mewakili Malaysia ke Pertandingan GRC2025 Sumo Robot di Bangkok, Thailand![]()
![]()
Setinggi-tinggi penghargaan juga buat guru pengiring yang sentiasa membimbing dan berkorban masa, pihak pentadbiran sekolah atas sokongan padu, serta ibu bapa yang tidak putus memberi doa dan dorongan.
