mcmc
Laporan Aktiviti

KEMPEN INTERNET SELAMAT (KIS)

📅Tarikh : 10 September 2025 (Rabu)

⏰Masa : 10.30 pagi – 12.00 tengah hari

📍Tempat: Sekolah Kebangsaan Seri Besout, Sungkai, Perak

NADI Felda Gunung Besout 1 dan NADI Felda Gunung Besout 02 telah melaksanakan Ceramah dan Pameran Kempen Internet Selamat (KIS) di SK Seri Besout pada 10 September 2025 bersempena Program Bulan Malaysia Sihat Sejahtera Peringkat PKD Batang Padang.

Program ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran murid mengenai penggunaan internet yang selamat dan bertanggungjawab.

👥 Peserta:

Penyertaan dari 5 buah sekolah dengan melibatkan seramai 220 orang murid Tahap 2 dari sekolah rendah

SK Seri Besout

SMK Felda Besout

SKJ (T) Sungkai,

SK Sungkai

SK Trolak Utara

📖Modul yang Digunakan:

Modul Ringkas Sekolah Rendah (10-12 tahun)

Seramai 4 orang fasilitator ditugaskan untuk pelaksanaan aktiviti-aktiviti modul ini.

✅ Hasil Program:
Program dengan sokongan Pejabat Pendidikan Daerah Batang Padang ini berjaya meningkatkan kadar capaian hebahan KIS ke sekolah-sekolah di negeri Perak, khususnya di daerah Batang Padang

Gambar Disini

#nadifeldagunungbesout1#KempenInternetSelamat#TakPastiJanganKongsi